Perkongsian Maklumat Untuk Rujukan Oleh Semua. Anda ada informasi berkaitan untuk di kongsi bersama (Servis, Perkhidmatan, Maklumat Kedai & Tempat Menarik ? Sila hubungi Admin Untuk Berkongsi Maklumat #JBDirectory #MyDirectory #MyAddress # MyInfo

Panduan Penjimatan Minyak

   

Anda boleh mendapat tambahan penggunaan petroleum bagi kenderaan jika tahu cara nya yang betul. Berikut adalah beberapa panduan mudah dan berguna untuk menjimatkan penggunaan petrol. Ini bukan sahaja dapat mengurangkan perbelanjaan, tetapi juga melindungi persekitaran.

Pemanasan Enjin

1.
Elakkan membuat pemanasan enjin secara berterusan. Pemanasan selama 30 hingga 45 saat sudah memadai. Sebenarnya anda boleh terus memandu sebaik sahaja menghidupkan enjin kerana teknologi enjin pada masa ini membolehkan anda berbuat demikian 
2.
Jangan menghidupkan dan menghentikan enjin sesuka hati. Menghidupkan enjin dalam tempoh seminit menggunakan jumlah bahan api yg sama ketika memulakan enjin 
3.
Elakkan daripada menekan-nekan enjin berlebih lebihan, terutamanya sebelum mematikan enjin. Ini akan membazirkan bahan api serta menyebabkan minyak mengalir keluar daripada dinding silinder dan seterusnya menyebabkan kehilangan tekanan minyak.
4.
Jangan terus memecut kereta dengan laju. tambah tahap kelajuan dengan perlahan-lahan apabila mula memandu. Jangan menekan pedal lebih daripada 1/4 kadar maksimum pedal, ini membolehkan karburator berfungsi pada kecekapan yang sempurna.

Cara Membeli Bahan Api Yang Jimat 

1. 
Isi bahan api ketika suhu sejuk. Sebaik-baik pada awal pagi atau lewat petang. Dalam keadaan suhu ketika ini, bahan api berada dalam keadaan lebih tumpat. Harus diingat - pam minyak menyukat isi padu  bahan api dan bukannya ketumpatan bahan api tersebut. Anda dikenakan bayaran berdasarkan sukatan isi padu. 
2. 
Gunakan gred minyak pelincir yang dicadangkan. Dengan menggunakan minyak peilincir  yang dicadangkan oleh pengeluar kenderaan, ia boleh memperbaiki kecekapan bahan api daridapa 1 % hingga 2 %. Minyak pelincir yang berkualiti boleh membantu enjin beroperasi dengan lebih cekap.
3.
Elakkan dari mengisi tangki minyaj sehingga penuh. Isian yang berlebihan boleh mengakibatkan minyak berkocak dan terkeluar dari tangki. 

Memandu Secara Ekonomi

1. 
Pandu pada kelajuan yang munasabah dan memandu dengan lancar. 10% peningkatan dalam kelajuan menyebabkan 21% heretan akibat rintangan angin dan meningkatkan jumlah penggunaan minyak

2.
Elakkan daripada mengekori kenderaan di hadapan, terutamanya jika pemandu kenderaan di hadapan tidak dapat diduga cara pemanduannya. Ini bukan sahaja tidak selamat, malah boleh meningkatkan penggunaan petrol kerana kekerapan memandu dengan perlahan dan laju. 

3. 
Memandu laju dengan menggunakan gear yang rendah akan menyebabkan penggunaan minyak sehingga 45%. Oleh tiu tukarlah gear mengikut tahap kelajuan yang sepatutnya.

4. 
Tutup cermin tingkap ketika kenderaan bergerak laju di lebuhraya. Tingkap yang terbuka menyebabkan heretan angin dan seterusnya menambah penggunaan minyak sehingga 10%.

5. Berfikir sejenak sebelum anda menghamoiri bukit. Jika anda ingin memecut, lakukan sebelum menaiki bukit dan bukannya ketika berada diatas bukit. 

Pemeriksaan Rapi

1. 
Penapis udara yang kotor akan menghalang pergerakan udara ke dalam enjin. Ini boleh menggangu prestasi serta keadaan ekonomi enjin. Anda perlu menukar penapis udara bagi setiap 10,000 batu.

2. Anda perlu memastikan tekanan angin tayar pada tahap yang disyorkan. Ini kerana tayar yang kembang hanya pada 1 psu sahaja boleh mengurangkan kecekapan bahan api kepada 3%. Tayar yang kempis atau kembang juga mempengaruhi penggunaan petrol.

3.
Keluarkan barang yang mempunyai berat berlebihan atau yang tidak diperlukan dari dalam but  atau temoat duduk belakang kenderaan. Bagi setiap 45 Kg yang dibawa, kecekapan bahan api boleh turun kepada 1% hingga 2%.

4.
Suspensi dan casis  jika jajaran kenderaan tidak betul, roda dan gandar akan bengkok, hentakan dan pegas akan pecah. Ini akan menyebabkan heretan pada enjin. Dengan ini penggunaan bahan api akan meningkat.

5.
Paras minyak - pastikan kereta anda diservis dengan baik dan selalu memeriksa paras minyak. Enjin yang diperiksa dengan baik boleh memberi kecekapan bahan ap sehingga 4%. Oleh itu, tukar minyak pelincir berdasarkan batuan yang ditetapkan dan servis kenderaan mengikut tempoh  masa yang dicadangkan pengeluar kenderaan.

Sumber : Harian Metro



0 comments:

Post a Comment

Panduan Penjimatan Minyak