Isu Sekarang
(Dapat dari seorang kawan)..Kenapa harga rumah menggila.
Si A orang kaya ada simpanan cash RM 100k, sudah mempunyai rumah
Si B golongan pertengahan baru bekerja dan membina keluarga dengan gaji RM 3k sebulan, belum mempunyai rumah
Taman perumahan baru dibuka, si A membayar 10% daripada harga rumah RM 400k=RM 40k dengan cash yang dia ada dan selepas rumah siap dalam tempoh dua tahun menjualnya semula pada harga RM 500k
Si B masih terkial-kial untuk menyimpan duit (tunai ataupun KWSP) untuk membayar deposit 10% rumah. Semakin lama masa di ambil oleh Si B untuk menyimpan duit membayar deposit rumah, semakin tinggi harga rumah disebabkan oleh Si A yang untung atas angin dengan menaikkan harga rumah RM 100k dalam tempoh dua tahun.
Hingga sudahnya Si B akan terus tidak mampu untuk memiliki rumah.
Pendapat saya Si A telah merampas hak asas Si B untuk memiliki sebuah rumah untuk dia dan keluarganya berteduh
Rujukan Dari BNM, Pembelian Rumah Berdasarkan Gaji
0 comments:
Post a Comment